About Me

My photo
Lahad datu/ Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Aku insan yang kerdil dijalan ini , Aku baru mula mendekati mencari apa sebenarnya keinginan hati ? Aku insan kerdil yang berserah kepada ILAHI.... Baru menjalani perubahan pada diri .... Aku insan yang pernah terlajak Pernah melakukan dosa insan yang hidupnya penuh pancaroba... dan kepada Allah aku kembali ... Berdoalah wahai sahabat ... Semoga aku mampu teus istiqomah dan perubahan ku ini di redhai ILAHI . Assalamualaikum .. Ana , Zubaidah .. Selamat Membaca :)

Friday, February 21, 2014

Turn To Allah S.W.T

Taubat 


Bertaubat kepada Allah adalah perkara yang wajib, demikian juga bersegera dalam taubat adalah perkara yang wajib. Tidak boleh mengakhirkan taubat sampai terlambat, kerana seseorang tidak tahu waktu maut menjemputnya.



Allah ta’ala berfirman,

{إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوَءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُوْلَـئِكَ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ} 
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang taubatnya diterima Allah.” (An Nisa: 17)

Dan Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda,
(أتبِعِ السَّيِّئة الحسنة تَمحُها)

“Ikutilah keburukan dengan kebaikkan, dia akan menghapuskan keburukan itu.” (HR. At Tirmidzi dalam Sunannya [6/204], dari hadith Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu)

Mengikuti kebaikan di sini maknanya adalah bersegera, kerana termasuk dari adab taubat adalah bersegera dan tidak mengakhirkannya. Demikian juga jika Anda bertaubat kepada Allah, hendaknya Anda menjauhi sebab-sebab yang dapat menjerumuskan diri Anda ke dalam perbuatan dosa. Jauhilah teman yang buruk, jauhi teman duduk yang buruk, kerana merekalah yang menyebabkan Anda terjerumus ke dalam dosa-dosa.

Pergilah Anda kepada orang-orang yang shalih, duduklah bersama mereka, hadirlah di majlis-majlis ilmu, bersegera datang ke masjid, memperbanyak membaca Al Qur’an dan berzikir kepada Allah subhanahu wata’ala. Inilah yang sepantasnya diperbuat oleh seseorang yang bertaubat kepada Allah: menjauhi segala sebab kemaksiatan, dan mendekatkan diri dengan perkara-perkara yang baik serta sebab-sebab keta’atan.


(Sumber: Al Muntaqa min Fatawa Asy Syaikh Al Fauzan, Jilid I, no 168)

Dipetik daripada 

(http://salafy.my/artikel/adab-akhlaq/nasihat-bagi-para-pemuda-yang-ingin-kembali-ke-jalan-allah/)
(googleimage)

Sunday, February 9, 2014

New Journey , New Life !

Assalamualaikum blogger-ianz ku sekalian alam ! (waalaikumsalam) kan bagus jawab salam .. xrugi apa2 pun kan? huheyyy .. Alhamdulillah , diizinkan dan diberikan masa untuk hidup ke hari ni , kamu semua apa khabar? hahaha. Okay, entry kali ni, mau buat yang happening sikit.. tak mau la asyik2 entry EMO... buat malu jak beb ! haha. ok beb2 ku sekalian , seperti yang kita tau , dalam hidup ni.. kita tak boleh balik ke masa lalu untuk membetulkan kesilapan kita kan... tapi yang pasti kita boleh berhenti dari terus melakukan kesilapan dan perbetulkan diri kita .. what I called this? NEW JOURNEY.. amboiii , Ber english bagai pulak aku yaaa.. klazzzzz gituuu... HAHAHA. okay , sebut pasal bahasa mat salleh ni kan... saja mau kempen,,, dulu ... dulu.... amboiii macam lama sangat.. umur dah berapa cik kak?? TETTTT . ok , focus2 la,,, kamu ni .. --' .DULU kan , English aku, serious ! BERTABUR , tapi Alhamdulillah , semakin matang umurku , semakin meningkat bahasa orang putih ku... ( bahasa jak putih , org nya maintain hitam) hahaha... Oiiii! sapa suru ketawa?? --' mengutukkk kamuu... hmmm.. :P 

Okay , teruskan dengan cerita NEW Journey yang TERnew sangat tu. haha. Sekarang aku sedang duduk di tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Unitar . haihhh.. cepat masa berlalu kan, pejam celik, pejam celik... (ERkkk ? kata New journey , tapi cakap pasal tahun akhir ) --' hah! tu la kamu, tunggu aku habis cerita dulu okay ! haha. aku ada banyak sebab aku cakap pasal new journey ni .. sebab nya?? sebabnya?? sabar la beb .. buat point2 yerrr? :P 

Sebab 1 . 
Aku baru pindah rumah sewa baru 

sebab 2 
Aku tinggal pun dengan penyewa2 baru 

sebab 3
Dipendekkan cerita aku dapat kenalan baru

sebab 4
Aku rasa aku macam dapat aura2 baru

sebab 5
aku ada pegangan dan azam yang baru 

sebab 6
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, 

Hah! tu la aku cakap new journey! Bila kita tinggal di kawasan yang baru , orang baru , angin2 pun baru rasa macam it's a beginning of life ! (kan.. kuar lagi mat salleh aku). :D  tapi serious , hidup ni umpama rama2, yang cantik... tapi perlu terbang berhati2 , kalau dapat singgah di bunga yang beracun kan mati ? Free sia2 hidup. faham maksud ni ? buat2 faham jak la... hehehe... apa2pun, aku sememangnya merasakan 1 perasaan yang lain sangat2 , tak tau la macam mana mo explain kan benda ni, tapi begitu la aku rasa.... Fresh ! Walaupunlah... walaupun aku kehilangan..... tiiiiiiiiiitttttttttttttttt... oiii, cakap tadi tak mau EMO ! opsss ! sorry, okay2 kita happy2 balik. haha. 

Aku happy sangat sekarang ni, sebab aku rasa aku tak da la se'emo dulu2. kalau aku ingatkan sebelum ni aku ada masalah sampai nangis semua.. Ya Allah , menyesal aku jatuhkan airmata aku. Sia2 beb! haha. So aku harap lepas ni , aku , eh tak! Kita SEMUA , akan lebih bersemangat mengharungi liku2 kehidupan k. :) 
jangan terlalu berharap ada orang support kita, sebab kitalah yang sebenarnya perlu support diri kita sendiri. Take care blogger2 yang ku cinta ! Next time kita jumpa lagi :) <3 

bye3 ! 

Assalamualaikum :) 



There was an error in this gadget