About Me

My photo
Lahad datu/ Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Aku insan yang kerdil dijalan ini , Aku baru mula mendekati mencari apa sebenarnya keinginan hati ? Aku insan kerdil yang berserah kepada ILAHI.... Baru menjalani perubahan pada diri .... Aku insan yang pernah terlajak Pernah melakukan dosa insan yang hidupnya penuh pancaroba... dan kepada Allah aku kembali ... Berdoalah wahai sahabat ... Semoga aku mampu teus istiqomah dan perubahan ku ini di redhai ILAHI . Assalamualaikum .. Ana , Zubaidah .. Selamat Membaca :)

Friday, February 21, 2014

Turn To Allah S.W.T

Taubat 


Bertaubat kepada Allah adalah perkara yang wajib, demikian juga bersegera dalam taubat adalah perkara yang wajib. Tidak boleh mengakhirkan taubat sampai terlambat, kerana seseorang tidak tahu waktu maut menjemputnya.



Allah ta’ala berfirman,

{إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوَءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُوْلَـئِكَ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ} 
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang taubatnya diterima Allah.” (An Nisa: 17)

Dan Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda,
(أتبِعِ السَّيِّئة الحسنة تَمحُها)

“Ikutilah keburukan dengan kebaikkan, dia akan menghapuskan keburukan itu.” (HR. At Tirmidzi dalam Sunannya [6/204], dari hadith Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu)

Mengikuti kebaikan di sini maknanya adalah bersegera, kerana termasuk dari adab taubat adalah bersegera dan tidak mengakhirkannya. Demikian juga jika Anda bertaubat kepada Allah, hendaknya Anda menjauhi sebab-sebab yang dapat menjerumuskan diri Anda ke dalam perbuatan dosa. Jauhilah teman yang buruk, jauhi teman duduk yang buruk, kerana merekalah yang menyebabkan Anda terjerumus ke dalam dosa-dosa.

Pergilah Anda kepada orang-orang yang shalih, duduklah bersama mereka, hadirlah di majlis-majlis ilmu, bersegera datang ke masjid, memperbanyak membaca Al Qur’an dan berzikir kepada Allah subhanahu wata’ala. Inilah yang sepantasnya diperbuat oleh seseorang yang bertaubat kepada Allah: menjauhi segala sebab kemaksiatan, dan mendekatkan diri dengan perkara-perkara yang baik serta sebab-sebab keta’atan.


(Sumber: Al Muntaqa min Fatawa Asy Syaikh Al Fauzan, Jilid I, no 168)

Dipetik daripada 

(http://salafy.my/artikel/adab-akhlaq/nasihat-bagi-para-pemuda-yang-ingin-kembali-ke-jalan-allah/)
(googleimage)
There was an error in this gadget