About Me

My photo
Lahad datu/ Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Aku insan yang kerdil dijalan ini , Aku baru mula mendekati mencari apa sebenarnya keinginan hati ? Aku insan kerdil yang berserah kepada ILAHI.... Baru menjalani perubahan pada diri .... Aku insan yang pernah terlajak Pernah melakukan dosa insan yang hidupnya penuh pancaroba... dan kepada Allah aku kembali ... Berdoalah wahai sahabat ... Semoga aku mampu teus istiqomah dan perubahan ku ini di redhai ILAHI . Assalamualaikum .. Ana , Zubaidah .. Selamat Membaca :)

Sunday, April 15, 2012

Seminar Sebening Kasih, Sejuta Harapan, Melestari Keluarga Bahagia


14 April 2012

Kali ni, saya join seminar yang dianjurkan oleh pihak Yayasan Sabah atas kerjasama UiTM Cawangan Sabah dengan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS). Kali ni, saya tak terlewat bangun , coz awal lagi cousin saya Aien dah bangunkan saya coz kami sama-sama akan join seminar tue!
Bas bertolak dari campus masa tu lebih kurang pukul 7:30 pagi ... then sampai destinasi ( Auditorium Tun Raffae, Yayasan Sabah ) lebih kurang pukul 8 jugak la .. hehehe ...
Jalan raya masa tu, tak adalah jem sangat mungkin sebab masa tu , sabtu kan, so, orang nak pergi kerja pun tak adalah ramai sangat. 
Sampai jak sana, kami daftarkan nama sebagai wakil daripada Unirazak/Umtech dibawah pimpinan Kolej Sidma. 
Seterusnya, majlis dimulakan dengan penceramah pertama iatu seorang Pakar Kaunseling yang diambil khas daripada UiTM Shah Alam iaitu Pn. Siti Aluyah binti Mohd Ali ... Tajuk seminar beliau masa tu tentang ilmu dan masalah salah laku remaja sekarang. 

Dalam beliau menyampaikan ceramah, ada beberapa ayat yang beliau sebutkan itu saya sematkan dalam lubuk hati saya yang paling dalam... 


  • "Cinta itu Fitrah, (sifat normal dalam diri manusia). Namun, FiTRAH perlukan panduan, jika tidak akan jadi FiTNAH.
  • Knowledge are to be USED, but No ABUSED. 
Sangat mendalam kata-kata beliau , ya.. sesungguhnya hanya orang yang berilmu yang tahu bagaimana hendak menjalani kehidupan dengan FiTRAH yang dikurniakan-Nya. 


Disini, saya juga akan turut berikan sedikit rujukan mengenai cara-cara memperbetulkan diri, manala tahu, di luar sana ada adik-adik yang rasakan sebelum ini mereka terpesong jauh dari sifat yang baik-baik ke kan.. hehehe... tapi, jangan risau, masih ada kesempatan untuk kita berubah dan kembali mengikut ajaran dan tuntutan-Nya. Apa yang penting??? IKHLAS.... 

Ciri-ciri perbetulkan diri

  1. Hendak ada matlamat hidup. ( fikir apa yang anda inginkan dalam hidup ni? kebahagiaan sepanjang masa atau hanya sementara? apa yang anda kejar .. dunia ataupun akhirat? ) 
  2. Merajinkan diri ( jangan bersikap sambil lewa, ataupun melengah-lengahkan masa, kerana MASA itu EMAS )
  3. Gunakan Aspek utk berjaya iaitu;
    • Taat pada Allah,
    • Taat Pada Rasul,
    • Taat pada ibu-bapa
    • Taat pada guru
Sebab itu la, seperti kata Pujangga, " if we want to LOVE, then we should go back to our religion ... insyaAllah,Agama/ iSLAM itu adalah KEBAHAGIAAN ....

So, ini adalah antara petikan yang penting yang saya ambil daripada ceramah Pn Siti Aluyah semalam. Saya harap ianya sedikit sebanyak membantu adik-adik mencari panduan hidup dalam duniawi. Actually, ada banyak lagi, tapi,, kalau nak tulis semua masuk blog rasanya boleh buat buku dah .. hehehehe..! 
So, sampai sini sahaja cerita saya tentang Seminar Melestari Keluarga Bahagia.


dibawah adalah gambar-gambar kenangan masa ceramah semalam... hehehehe!

Ucapan aluan dari menteri pembangunan wanita sabah. 

Aien, Fyda, Farah

Me 

bersama Pn Siti Aluyah


will miss you always ibu Siti Aluyah :)


No comments:

There was an error in this gadget