About Me

My photo
Lahad datu/ Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Aku insan yang kerdil dijalan ini , Aku baru mula mendekati mencari apa sebenarnya keinginan hati ? Aku insan kerdil yang berserah kepada ILAHI.... Baru menjalani perubahan pada diri .... Aku insan yang pernah terlajak Pernah melakukan dosa insan yang hidupnya penuh pancaroba... dan kepada Allah aku kembali ... Berdoalah wahai sahabat ... Semoga aku mampu teus istiqomah dan perubahan ku ini di redhai ILAHI . Assalamualaikum .. Ana , Zubaidah .. Selamat Membaca :)

Saturday, April 7, 2012

Program Cekal Peringkat Negeri Sabah ( PEMADAM)


Kali , saya nak cerita pasal Seminar aktiviti/Program Cekal Anti Dadah peringkat IPTA/S anjuran kelab PEMADAM Universiti Malaysia Sabah bersama PEMADAM Negeri Sabah. 

Pernah dengar tak PEMADAM? (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) 

5 april 2012 ( Khamis) 

Pihak campus saya dah pesan semua kena berkumpul dekat atrium at least pukul 7 pagi , tapi masa tu saya tidur lewat sangat. tak silap pukul 3 lebih masa tu, so kalau dah tido lewat tu, bangun pun sah-sah la lewat kan? hiiiii .. =)
Saya set alarm kat BB saya pukul 6pagi, so, bila fon tu berbunyi masa tu saya off pulak! hahaha! then saya sambung tido, skali tersedar, masa tu saya tengok jam kat BB dah pukul 6:36 .. gilerr! lewat! mana nak mandi lagiii~ so, saya pun cepat2 arr kejutkan member saya FARAH. nasib baik la masa kite dua tengah siap2 tu, terfikir jugak nak call member yang sama-sama join seminar tu, "tunggu kami,! kami lewat bangun" hehehe, tu la ayat farah masa call member sorang lagi ... dalam hati kite masa tu, "emmm, padan muka, jam dah bunyi,  sambung tido pulak" hahahaha! INSAF DAH!! :P

Lepas siap mandi, pakai baju tudung semua, kitorang gerak la gi campus, hehehe, takut jugak mana la tau masa nak gerak tu bas jalan awal ke , kan tertinggal, hehehe... tapi syukurla, nasib kitorang baik sebab masa kitorang sampai, bas pun tak sampai lagi... nasib2! :PP
dalam sedang berkumpul-kumpul dengan semua ahli yang join seminar tu, tetiba pulak perut saya ni buat sora donald duck! "alahaiiiiii abis arr! " so, saya pun ajak la farah makan dekat cafe area campus tu ... heeeeee... kitorang masa tu nak cepat so kitorang pesan nasi lemak , saya makan laju , coz nak cepat kan... tengah-tengah makan tu pulak, bas yang ditunggu2 dah sampai la pulak,, saya masa tu "alamakkkkkkk"~ dah la orang tengah makan ,.. hehe.. tapi, xley nak paksa .. nak tak nak, laju jak la saya gi kaunter n bayar makanan tu... sayang nyee buang2 makanan, mamy selalu pesan jangan membazir! (sorry mammy! lain kali tak buat lagi) =)

So, kitorang pun naik bas yang disediakan oleh pihak UMS, and sampai ke lokasi dalam masa lebih kurang 45minit which is pukul 9 lebih tak silap saya, heeeee... Tepat pukul 10 majlis bermula, and ramai juga peserta dari IPTA/S lain masa tu, ada 200 pelajar lebih kurang! waa! ramai tu~ TAHNIAH PEMADAM! 

Majlis diteruskan and berakhir pukul 4:30 petang , ada 3 kali rehat masa tu , so, makan minum semua diorang sedia , memahami sangat! heeeee .. thanks! :) 

Yang seronok nyee pasal PEMADAM ni .. aktiviti mereka berlandaskan naluri kemanusiaan, kitorang ada lagu khas kelab PEMADAM ni , jap lagi saya post! =)

Lepas habis majlis, kitorang sempat lagi la amik2 gambar dekat atas pentas tu! hehehe .. syukur , majlis berjalan lancar and saya tak rasa saya buang masa pun ikut program tu~ kalau ada lagi lepas ni nak join lagi, mana la tau , ada camping kee... mesti lagi seronok! kan? kan? kan? =)) 

Tu jak la cerita saya tentang Program Anjuran PEMADAM~ 

Seperti dijanjikan ni lirik lagu pemadam! 


Lagu PEMADAM

Mari Bersama Pemadam
Mari bersama sayangkan insan
Kita bersatu mencegah dadah
Kita bersatu membina maruah

Pemadam menyeru bangsa Malaysia
Kukuhan semangat sayangkan Negara
Jangan dibiar, anak tersayang
dikorban dadah di tengah jalan

Bangun kamu pertiwi Pemadam
Bangun kamu putera Pemadam
Bangun perwira srikandi bangsa
Bangun semua tentang gejala

Dadah musuh anak bangsa
Dadah musuh utama negara
bencikan dadah jadi perjuangan
cegah dadah sepanjang zaman

Bangun kamu pertiwi Pemadam
Bangun kamu putera pemadam
Bangun Perwira Srikandi Bangsa
Bangun semua tentang gejala

PEMADAM.... PEMADAM... PEMADAM.... 

lagu: pak ngah
Lirik Abah





No comments:

There was an error in this gadget