About Me

My photo
Lahad datu/ Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Aku insan yang kerdil dijalan ini , Aku baru mula mendekati mencari apa sebenarnya keinginan hati ? Aku insan kerdil yang berserah kepada ILAHI.... Baru menjalani perubahan pada diri .... Aku insan yang pernah terlajak Pernah melakukan dosa insan yang hidupnya penuh pancaroba... dan kepada Allah aku kembali ... Berdoalah wahai sahabat ... Semoga aku mampu teus istiqomah dan perubahan ku ini di redhai ILAHI . Assalamualaikum .. Ana , Zubaidah .. Selamat Membaca :)

Friday, April 6, 2012

Cara-Cara Mengatasi Stress

♥  20 Cara Mengatasi Stress  



1. Fahami Punca Stress
  • Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
  • Cari masalah dalam diri satu persatu.
  • Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan. 
2. Letakkan Keutamaan
  • Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
  • Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaa kepada yang lebih penting.
  • Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.
3. Selesaikan Masalah Satu-Persatu
  • Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
  • Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
  • Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah
4. Menangis
  • Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.
  • Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.
  • Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.
5. Ketawa
  • Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
  • Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.
  • Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.
6. Bersenam atau Beriadah
  • Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh.
  • Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran
  • Darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
  • Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan
7. Menyanyi, Menari dan Menjerit
  • Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata.
  • Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh
  • Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.
8. Curahkan Perasaan Dalam Diari.
  •  Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari
  • Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda
  • Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari. 
9. Luahkan Pada Sahabat Karib.
  •  Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.
  • Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stresss, kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu.
10. Meditasi Atau Bertafakur.
  • Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.
  • Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketegangan.
  • Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.

11. Tahu Had Kemampuan.
  • Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalumemaksa diri.
  • Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung.
  • Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir  melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

12. Berusaha Dan Berserah.
  • Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.
  • Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan
  • perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
  • Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap masalah.

 13. Bersantai
  • Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri dan minda.
  • Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan
  • Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.

14. Ambil Mudah.
  •  Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
  • Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya.
  • Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

15. Mengadu Kepada Kaunselor.
  • Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda, dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
  • Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil.
  • Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai diri sendiri.

16. Berurut.
  • Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
  • Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
  • Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan
  • ketegangan akibat bebanan stresss.

17. Refleksologi Atau Akupuntur.
  • Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
  • Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu menghilangkan tekanan yang ditanggung.
  • Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.

18. Hipnosis
  • Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki satu suasana yang indah.
  • Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda berasa segar dan ringan tanpa masalah.
  • Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

19 . Terima Keadaan Seadanya.
  • Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan.
  • Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika tidak memperolehinya.
  • Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.
20. Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.
  • Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana.
  • Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.


 Segalanya terpulang kepada diri kita untuk mengatasi masalah stress ini. Ianya
bukanlah satu perkara yang remeh dan boleh dianggap enteng. Ianya
terlalu berkait rapat dengan orang-orang disekeliling kita.

"stress bukan untuk dibuang atau dihilangkan tapi untuk diatasi dan dikawal"
“Hidup lebih ceria jika anda mampu menguruskan stress”

No comments:

There was an error in this gadget