About Me

My photo
Lahad datu/ Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Aku insan yang kerdil dijalan ini , Aku baru mula mendekati mencari apa sebenarnya keinginan hati ? Aku insan kerdil yang berserah kepada ILAHI.... Baru menjalani perubahan pada diri .... Aku insan yang pernah terlajak Pernah melakukan dosa insan yang hidupnya penuh pancaroba... dan kepada Allah aku kembali ... Berdoalah wahai sahabat ... Semoga aku mampu teus istiqomah dan perubahan ku ini di redhai ILAHI . Assalamualaikum .. Ana , Zubaidah .. Selamat Membaca :)

Friday, April 20, 2012

Wasiat-Nya ......







Dari Nabi S.A.W., "Pada

waktu malam saya

diisrakkan sampai ke langit,

Allah S.W.T telah

memberikan lima wasiat,

antaranya :

Janganlah engkau

gantungkan hatimu kepada

dunia kerana

sesungguhnya Aku tidak

menjadikan dunia ini untuk

engkau.

Jadikan cintamu kepada-

Ku sebab tempat kembalimu

adalah kepada-Ku.

Bersungguh-sungguhlah

engkau mencari syurga.

Putuskan harapan dari

makhluk kerana

sesungguhnya mereka itu

sedikitpun tidak ada kuasa

di tangan mereka.

Rajinlah mengerjakan

sembahyang tahajjud

kerana sesungguhnya

pertolongan itu berserta

qiamullail..

Inilah WASIAT yg lebih

utama...


Thursday, April 19, 2012

Tersenyumlah Hati Yang Sedang Remuk



Untuk Insan yang sedang terluka, 
Usah biar airmata mu mengalir deras
mengalir deras
Redam bara emosi yang
bergelonjak memanas
Engkau tercipta bukan
untuk menangisi zaman.
Ataupun menyesali duka
lara
Usah tenggelam dalam
kubangan nestapa
Jika cintamu mengalami
kegagalan
Jika ta’arufmu kandas di
tgh jalan.
Senyumlah...
Awan hitam selalu
menyimpan pelangi
Begitupun Sang
Penggenggam nyawa
Dia selalu punya rahasia
dan bijaksana
untuk membuat dewasa
makhlukNya.
Cinta suci sedang
menunggumu
Tetapi engkau harus sabar
menantikan
Cinta itu akan menjemputmu
Di masa yang telah Dia
rencanakan.
Untuk yang hatinya sedang
diremukkan
Jangan berikan celah pada
syaitan
yang membuat semangatmu
terus lemah
Peritnya duka bukanlah
isyarat runtuhnya langit
Ataupun robeknya kulit bumi
Allah menempa pribadi
tangguhmu
Dalam butiran air matamu
Dalam jeritan derita batinmu
Dalam rintihan sesaknya
nafasmu.
Untuk yang hatinya sedang
diremukkan
Pasang surut laut adalah
kepastian
Tawa dan tangis adalah
kewajaran
TakdirNya menjadikan
makhluk berpasangan.
Sebuah ketetapan Sang
Penguasa
Jika engkau tak dapatkan
pasangan di dunia
Bukan bererti Allah
memberimu petaka
Tapi Dia sedang
menyiapkan makhluk
terindah
Yang menantimu di Jannah
Yang kan menemani jiwamu
yang resah
Senyumlah...
Dalam kesabaran munajat
panjangmu
Meski tajamnya duri
mecucuk-cucuk lukamu
Meski remuk redam
menyerang hatimu. (^_^)
BY - KEKASIH ALLAH YANG RINDUKAN KEDAMAIAN :)



Sunday, April 15, 2012

Seminar Sebening Kasih, Sejuta Harapan, Melestari Keluarga Bahagia


14 April 2012

Kali ni, saya join seminar yang dianjurkan oleh pihak Yayasan Sabah atas kerjasama UiTM Cawangan Sabah dengan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS). Kali ni, saya tak terlewat bangun , coz awal lagi cousin saya Aien dah bangunkan saya coz kami sama-sama akan join seminar tue!
Bas bertolak dari campus masa tu lebih kurang pukul 7:30 pagi ... then sampai destinasi ( Auditorium Tun Raffae, Yayasan Sabah ) lebih kurang pukul 8 jugak la .. hehehe ...
Jalan raya masa tu, tak adalah jem sangat mungkin sebab masa tu , sabtu kan, so, orang nak pergi kerja pun tak adalah ramai sangat. 
Sampai jak sana, kami daftarkan nama sebagai wakil daripada Unirazak/Umtech dibawah pimpinan Kolej Sidma. 
Seterusnya, majlis dimulakan dengan penceramah pertama iatu seorang Pakar Kaunseling yang diambil khas daripada UiTM Shah Alam iaitu Pn. Siti Aluyah binti Mohd Ali ... Tajuk seminar beliau masa tu tentang ilmu dan masalah salah laku remaja sekarang. 

Dalam beliau menyampaikan ceramah, ada beberapa ayat yang beliau sebutkan itu saya sematkan dalam lubuk hati saya yang paling dalam... 


  • "Cinta itu Fitrah, (sifat normal dalam diri manusia). Namun, FiTRAH perlukan panduan, jika tidak akan jadi FiTNAH.
  • Knowledge are to be USED, but No ABUSED. 
Sangat mendalam kata-kata beliau , ya.. sesungguhnya hanya orang yang berilmu yang tahu bagaimana hendak menjalani kehidupan dengan FiTRAH yang dikurniakan-Nya. 


Disini, saya juga akan turut berikan sedikit rujukan mengenai cara-cara memperbetulkan diri, manala tahu, di luar sana ada adik-adik yang rasakan sebelum ini mereka terpesong jauh dari sifat yang baik-baik ke kan.. hehehe... tapi, jangan risau, masih ada kesempatan untuk kita berubah dan kembali mengikut ajaran dan tuntutan-Nya. Apa yang penting??? IKHLAS.... 

Ciri-ciri perbetulkan diri

  1. Hendak ada matlamat hidup. ( fikir apa yang anda inginkan dalam hidup ni? kebahagiaan sepanjang masa atau hanya sementara? apa yang anda kejar .. dunia ataupun akhirat? ) 
  2. Merajinkan diri ( jangan bersikap sambil lewa, ataupun melengah-lengahkan masa, kerana MASA itu EMAS )
  3. Gunakan Aspek utk berjaya iaitu;
    • Taat pada Allah,
    • Taat Pada Rasul,
    • Taat pada ibu-bapa
    • Taat pada guru
Sebab itu la, seperti kata Pujangga, " if we want to LOVE, then we should go back to our religion ... insyaAllah,Agama/ iSLAM itu adalah KEBAHAGIAAN ....

So, ini adalah antara petikan yang penting yang saya ambil daripada ceramah Pn Siti Aluyah semalam. Saya harap ianya sedikit sebanyak membantu adik-adik mencari panduan hidup dalam duniawi. Actually, ada banyak lagi, tapi,, kalau nak tulis semua masuk blog rasanya boleh buat buku dah .. hehehehe..! 
So, sampai sini sahaja cerita saya tentang Seminar Melestari Keluarga Bahagia.


dibawah adalah gambar-gambar kenangan masa ceramah semalam... hehehehe!

Ucapan aluan dari menteri pembangunan wanita sabah. 

Aien, Fyda, Farah

Me 

bersama Pn Siti Aluyah


will miss you always ibu Siti Aluyah :)


Wednesday, April 11, 2012

Love, Life, and "Friend-ship" .....




























Ku terima Hakikat aku SINGLE~

Allahu Rabbi ...
Aku datang di hadapan-Mu dengan hati yang tercela ....
Dengan hati yang sarat dengan beban dan dosa...
Dengan jiwa yang lemah dan Longlai ...
Dengan kekuatan yang pudar...
Dengan semangat yang tiada bersisa ...
Ampunkan Aku Ya Allah ...
Aku tidak pandai memujuk diri supaya bersabar ...
Aku tidak pandai mendidik supaya redha ...
Aku tidak pandai beradab menerima ujian daripada-Mu ...


Allahu Rabbi ...
Engkau yang memberi nikmat bahagia padaku ...
Engkau jua yang memberikan rasa sakit dalam deritaku ...
Segala ujian dan nikmatitu dari-Mu ...
Maka .... kupohon penawarnya Ya Allah ...
Hilangkan segala duka dan sakit hatiku ini ...
Hilangkan segala rasa sedih dan terluka ini ...
Kerana Engkau yang memegang hati-hati hamba-Mu ...
Aku tidak yakin pada diri sendiri ...
Oleh itu Ya Rabbi .. 
Hanya pada-Mulah aku bergantung harap ..
Pada-Mulah aku menyerahkan segala pergantungan ...
Kerana kutahu Engkau ahu memujuk hatiku, membelai jiwa ku, 
dan ....
Meniupkan cinta-Mu dalam hatiku ...
Kini ...
Kutagih kasihdaripada-Mu,
Dakaplah daku dalam cinta-Mu,
Usirlah kesepian dan duka yang sebati dalam hatiku ini ...
Gantikanlah ia dengan cinta-Mu yang luhur dan suci ...
Cinta-Mu yang agung dan idak bertepi ...
Amin.

Sunday, April 8, 2012

Al-fatihah buat Mereka ....


Assalamualaikum...

Sabtu 7 april 2012 yang lalu , Campus saya gempak dengan berita kepergian secara mengejut dua orang rakan yang amat patuh pada pensyarah dan rakan-rakan... 

tak tahu nak cakap apa lagi ... Just minta jasa baik semua , sedekahkan la Al-fatihah buat kedua rakan yang telah pergi, iaitu Jennifer binti Sellivia, dan Ady Mohd Firdaus bin Abdullah ... 

they were such a nice friends and student in Unirazak ... (this can be prove by all student who being shock with the incident and also the lecturer who still cant accept the reality that this two person has been gone forever) 

Doa saya , semoga Allah meletakkan mereka bersama orang-orang yang beriman...

Ya Allah , 
Ampunkanla dosa mereka,
Luaskan kubur mereka, 
Suluhkan cahaya kepada mereka, 
Kuatkan semangat Ahli keluarga mereka untuk menerima dan menjalani keadaan yang tragik ini ... 

-Amin- 

Selain itu seorang lagi rakan sedang berada di ICU sekarang akibat kecederaan serius pada bahagian kepala, beliau ialah Sahariana/ gelarannya kak rainbow! .. sama-sama doakan kak rainbow cepat sembuh ya ...

Seorang lagi sahabat Abu said Safwan (yang memandu kereta pada masa itu) sekarang masih berada dalam keadaan Trauma...  doakanlah beliau sedar dan ikhlas atas semua yang berlaku , sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya yang terjadi .... semoga Allah turut melindungi mu ..



dibawah ini adalah keratan akhbar mengenai kejadian yang menimpa mereka...





Ya Allah , Ya Rahman, Ya Rahim,
 sekiranya engkau menjadikan musibah ini ke atas kami untuk menguji kami, 
maka , 
kami ikhlas , 
jika engkau menyimpan peringatan kepada kami .. 
maka, 
ampunkanlah dosa kami , kelalaian kami terhadap MU selama ini Ya Rabbi ... 
sesungguhnya engkau maha kuasa dan mengetahui segala-galanya.... 
Amin ...


sekian sahaja dari saya .... Bersemadilah dengan aman dan tenang di alam sana Ady dan jennifer ... 


Saturday, April 7, 2012

Program Cekal Peringkat Negeri Sabah ( PEMADAM)


Kali , saya nak cerita pasal Seminar aktiviti/Program Cekal Anti Dadah peringkat IPTA/S anjuran kelab PEMADAM Universiti Malaysia Sabah bersama PEMADAM Negeri Sabah. 

Pernah dengar tak PEMADAM? (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) 

5 april 2012 ( Khamis) 

Pihak campus saya dah pesan semua kena berkumpul dekat atrium at least pukul 7 pagi , tapi masa tu saya tidur lewat sangat. tak silap pukul 3 lebih masa tu, so kalau dah tido lewat tu, bangun pun sah-sah la lewat kan? hiiiii .. =)
Saya set alarm kat BB saya pukul 6pagi, so, bila fon tu berbunyi masa tu saya off pulak! hahaha! then saya sambung tido, skali tersedar, masa tu saya tengok jam kat BB dah pukul 6:36 .. gilerr! lewat! mana nak mandi lagiii~ so, saya pun cepat2 arr kejutkan member saya FARAH. nasib baik la masa kite dua tengah siap2 tu, terfikir jugak nak call member yang sama-sama join seminar tu, "tunggu kami,! kami lewat bangun" hehehe, tu la ayat farah masa call member sorang lagi ... dalam hati kite masa tu, "emmm, padan muka, jam dah bunyi,  sambung tido pulak" hahahaha! INSAF DAH!! :P

Lepas siap mandi, pakai baju tudung semua, kitorang gerak la gi campus, hehehe, takut jugak mana la tau masa nak gerak tu bas jalan awal ke , kan tertinggal, hehehe... tapi syukurla, nasib kitorang baik sebab masa kitorang sampai, bas pun tak sampai lagi... nasib2! :PP
dalam sedang berkumpul-kumpul dengan semua ahli yang join seminar tu, tetiba pulak perut saya ni buat sora donald duck! "alahaiiiiii abis arr! " so, saya pun ajak la farah makan dekat cafe area campus tu ... heeeeee... kitorang masa tu nak cepat so kitorang pesan nasi lemak , saya makan laju , coz nak cepat kan... tengah-tengah makan tu pulak, bas yang ditunggu2 dah sampai la pulak,, saya masa tu "alamakkkkkkk"~ dah la orang tengah makan ,.. hehe.. tapi, xley nak paksa .. nak tak nak, laju jak la saya gi kaunter n bayar makanan tu... sayang nyee buang2 makanan, mamy selalu pesan jangan membazir! (sorry mammy! lain kali tak buat lagi) =)

So, kitorang pun naik bas yang disediakan oleh pihak UMS, and sampai ke lokasi dalam masa lebih kurang 45minit which is pukul 9 lebih tak silap saya, heeeee... Tepat pukul 10 majlis bermula, and ramai juga peserta dari IPTA/S lain masa tu, ada 200 pelajar lebih kurang! waa! ramai tu~ TAHNIAH PEMADAM! 

Majlis diteruskan and berakhir pukul 4:30 petang , ada 3 kali rehat masa tu , so, makan minum semua diorang sedia , memahami sangat! heeeee .. thanks! :) 

Yang seronok nyee pasal PEMADAM ni .. aktiviti mereka berlandaskan naluri kemanusiaan, kitorang ada lagu khas kelab PEMADAM ni , jap lagi saya post! =)

Lepas habis majlis, kitorang sempat lagi la amik2 gambar dekat atas pentas tu! hehehe .. syukur , majlis berjalan lancar and saya tak rasa saya buang masa pun ikut program tu~ kalau ada lagi lepas ni nak join lagi, mana la tau , ada camping kee... mesti lagi seronok! kan? kan? kan? =)) 

Tu jak la cerita saya tentang Program Anjuran PEMADAM~ 

Seperti dijanjikan ni lirik lagu pemadam! 


Lagu PEMADAM

Mari Bersama Pemadam
Mari bersama sayangkan insan
Kita bersatu mencegah dadah
Kita bersatu membina maruah

Pemadam menyeru bangsa Malaysia
Kukuhan semangat sayangkan Negara
Jangan dibiar, anak tersayang
dikorban dadah di tengah jalan

Bangun kamu pertiwi Pemadam
Bangun kamu putera Pemadam
Bangun perwira srikandi bangsa
Bangun semua tentang gejala

Dadah musuh anak bangsa
Dadah musuh utama negara
bencikan dadah jadi perjuangan
cegah dadah sepanjang zaman

Bangun kamu pertiwi Pemadam
Bangun kamu putera pemadam
Bangun Perwira Srikandi Bangsa
Bangun semua tentang gejala

PEMADAM.... PEMADAM... PEMADAM.... 

lagu: pak ngah
Lirik Abah





Friday, April 6, 2012

Cara-Cara Mengatasi Stress

♥  20 Cara Mengatasi Stress  



1. Fahami Punca Stress
  • Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
  • Cari masalah dalam diri satu persatu.
  • Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan. 
2. Letakkan Keutamaan
  • Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
  • Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaa kepada yang lebih penting.
  • Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.
3. Selesaikan Masalah Satu-Persatu
  • Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
  • Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
  • Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah
4. Menangis
  • Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.
  • Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.
  • Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.
5. Ketawa
  • Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
  • Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.
  • Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.
6. Bersenam atau Beriadah
  • Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh.
  • Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran
  • Darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
  • Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan
7. Menyanyi, Menari dan Menjerit
  • Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata.
  • Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh
  • Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.
8. Curahkan Perasaan Dalam Diari.
  •  Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari
  • Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda
  • Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari. 
9. Luahkan Pada Sahabat Karib.
  •  Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.
  • Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stresss, kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu.
10. Meditasi Atau Bertafakur.
  • Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.
  • Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketegangan.
  • Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.

11. Tahu Had Kemampuan.
  • Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalumemaksa diri.
  • Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung.
  • Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir  melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

12. Berusaha Dan Berserah.
  • Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.
  • Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan
  • perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
  • Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap masalah.

 13. Bersantai
  • Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri dan minda.
  • Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan
  • Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.

14. Ambil Mudah.
  •  Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
  • Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya.
  • Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

15. Mengadu Kepada Kaunselor.
  • Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda, dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
  • Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil.
  • Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai diri sendiri.

16. Berurut.
  • Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
  • Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
  • Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan
  • ketegangan akibat bebanan stresss.

17. Refleksologi Atau Akupuntur.
  • Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
  • Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu menghilangkan tekanan yang ditanggung.
  • Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.

18. Hipnosis
  • Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki satu suasana yang indah.
  • Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda berasa segar dan ringan tanpa masalah.
  • Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

19 . Terima Keadaan Seadanya.
  • Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan.
  • Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika tidak memperolehinya.
  • Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.
20. Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.
  • Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana.
  • Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.


 Segalanya terpulang kepada diri kita untuk mengatasi masalah stress ini. Ianya
bukanlah satu perkara yang remeh dan boleh dianggap enteng. Ianya
terlalu berkait rapat dengan orang-orang disekeliling kita.

"stress bukan untuk dibuang atau dihilangkan tapi untuk diatasi dan dikawal"
“Hidup lebih ceria jika anda mampu menguruskan stress”

Thursday, April 5, 2012

CheNta ....





Madah cinta .♥♥...


♥ Cinta datang pada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun dikecewakan ...
♥cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai walaupun kerap dikhianati ...
♥cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai walaupun berulang kali
disakiti...




Kadang-kadang yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,
Yang SEMPURNA tak selalu menjanjikan KEBAHAGIAAN,
Namun jika kita dapat menerima KEKURANGAN,
menjadi KELEBIHAN, itulah KESEMPURNAAN.



Tiada manusia yang hidup BERBAHAGIA sepanjang masa,
Tetapi ianya bukan alasan untuk hidup SENGSARA,




Satu perkara yg saya pelajari dari kehidupan, bahawa ia perlu di terus kan..
Satu perkara yg saya pelajari dari cinta, bahawa ia tidak selalu bertahan..
Satu perkara yg saya pelajari dari manusia, bahawa manusia itu cepat berubah hati...



♥ Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan, tanpa merasai kepahitan... 
♥ Tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran ♥ Tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan, jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak dijiwa insan .. 

Kita sebenarnya bukan takut untuk mencuba lagi dan memberi peluang kpd cinta tetapi kita cuma takut akan kecewa lg atas sebab yg sama. Namun hidup penuh dengan kejutan, kita takkan dapat mendapat jawapan kpd persoalan hidup selagi kita tidak belajar utk mengambil risiko ♥



Dalam garang seorang wanita pasti ada lembutnya
Semarah - marah seorang wanita pasti akan hilang jua
Dalam benci seorang wanita pasti ada kasih sayang jua
Dan menyayangimu tidak bererti dia menunjukkannya
Kerana lumrah seorang wanita mempunyai sifat malu
Kerana kelembutan seorang wanita merupakan fitrah tercipta
Jadi hargailah dia dan bimbinglah dia ke arah jalan Nya..
 

















Wednesday, April 4, 2012

♥ Andai Lelaki Tahu ♥


♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh
cinta,lelaki itu tidak semestinya
punya segalanya tetapi lelaki itu
adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu
mengalirkan air mata, itu bukan
bermakna dia lemah, tetapi dia
sedang mencari kekuatan untuk
terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan
marah, memang dia tidak mampu
mengawal perasaannya tapi
percayalah, itu maknanya dia
sangat mengambil berat dan
menyayangi lelaki itu. Lihat saja
pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh. Tetapi
percayalah semakin bertambah
sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak sesuatu yang
terjadi.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia
tidak pernah bermaksud untuk
membuat anda rimas, tapi dia
mahu lelaki mengenalinya dengan
lebih dekat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia
mahu kamu berubah, itu bukan
bermakna dia tidak mahu
menerima kamu seadanya, tetapi
dia mahu menjadikan anda lebih
baik, bukan untuk dirinya, tetapi
untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan
tidak percayakan kamu, bukan
bermakna dia tidak sayang..tetapi
dia terlalu sayangkan kamu dan
masih menganggap kamu anak
kecil yang masih memerlukan
sepenuh perhatian. terkadang dia
terlalu risau sekiranya terlalu
percaya, kamu akan mengkhianati
kepercayaan yang diberi. Naluri
keibuannya sangat kuat. Dia hanya
mahukan yang terbaik untuk
kamu .
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk
dengan duit atau hadiah, tetapi
cukup dengan perhatian yang
boleh buat dia rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang
mengatakan ‘i love u’, itu tidak
bermaksud dia tidak mencintai
kamu tetapi dia mahu lelaki itu
merasai sendiri cintanya, bukan
hanya hadir dari kata-kata tetapi
juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu
dgn kamu, dia benar-benar
maksudkannya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain
itu lebih baik dari kamu, jangan
percaya kata-katanya kerana dia
hanya mahu menguji kamu. Dia
mahu melihat sejauh mana kamu
sanggup menjadi yang terbaik di
matanya. Walaupun sebenarnya
memang kamulah yang terbaik di
hatinya. Selagi dia denganmu,
percayalah, walaupun perempuan
menganggap masih ramai lagi
yang lebih baik di matanya tetapi
di hatinya, kamu tetap yang
terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar,
dia bukan bermaksud utk
berkasar, tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu
bersabar dengan sikapnya.
Percayalah, hati perempuan itu
sangat lembut.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”, dia tidak
bermaksud menyuruh anda pergi
selamanya. Dia hanya mahu
menenangkan fikirannya sebentar
saja. Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda
semula. Itu tandanya dia benar-
benar mencintai anda. Perempuan
sulit untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional. Tapi dialah
yang paling menyayangi anda dan
sangat sensitif dengan perubahan
pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan
lelaki dan perempuan itu dengan
perbezaan yang tersendiri. Tetapi
sekiranya mereka saling
memahami, mereka akan saling
melengkapi dan
menyempurnakan . Perempuan itu
diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya, tersimpan
seribu satu kekuatan yang bakal
menjadikan seorang lelaki itu
merasa selamat bersamanya.
Biarpun sebenarnya perempuan
itu tampak lemah tapi dia punya
kekuatan tersendiri yang dapat
menggoncang dunia dan mungkin
bisa pula membuat lelaki menjadi
lemah kerananya. Jadi hargailah
kehadiran seorang perempuan
dalam hidup anda kerana dia
didatangkan bukan dengan
kelemahan sahaja tetapi dia juga
ada kekuatan untuk menyokong
anda dan membuatkan hidup anda
lebih sempurna. Dialah yang bakal
menjadi perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk
anak2 anda.
♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥
Hak cipta adalah milik Allah SWT
semata.
Hak kita sebagai manusia
adalah berlumba-lumba
menyebarluaskan kata-kata
kebaikan kepada seluruh umat
manusia.
Sungguh bahagia insan yang telah
menemukan cinta sejatinya.. ibarat
tasbih & benang pengikatnya.
terajut menjadi satu untaian yang
selalu disentuh satu demi satu oleh
insan mulia yang bibirnya basah
akan cinta kepada tuhanNya
Semoga tulisan sederhana ini
bermanfaat bagi Anda. Mohon
maaf bila ada kata-kata yang
kurang berkenan.
Semoga kita dapat mengambil
hikmah dalam setiap
kejadian.
There was an error in this gadget